Tuesday, March 31, 2009

stress lagi....

aku stress lagi...
mgkn itu tajuk yg sesuai sekarang ni...
mggu lepas handset problem, mggu ni laptop plak wat hal...
time2 assemen byk ni la dia nak wat hal...
assemen cmne? tesis cmne?...suma x jalan.adui pening
tima kaseh abah bg duit..syg abah.hehe.
wat masa ni releks dlu...
aku perlu tenangkan diri...pk mana silap aku ye...
ahhh...aku harus kembali pd matlamat asal aku...
apa dia?
hanya aku dan DIA yg tahu..

Saturday, March 21, 2009

Ku Datang Membawa Harapan Akan Ku Pulang Membawa Kejayaan








Saat mlm 5 Julai 2006 ketika aku meninggalkan abah, umi, kak long, lah, aiman dan adik ketika itu air mata ku jatuh bagai hujan yg begitu lebat. Ku cium mereka dengan hujan yang jatuh dari kelopak mataku..

Betapa hidup ku terpaksa berjauhan dari mereka semua kerana aku perlu mengembara mencari ilmu untuk masa depan ku. Amanah, tanggungjawab dan harapan aku galas bersama untuk sama2 mengejar impian hidup ini..

Selama 3 tahun disini susah, senang, hilai tawa dan tangis resah hanya aku yang lalui kerana itu adalah sebahagian daripada rencam kehidupan.Segala bukit aku daki dan segala lurah aku turuni. Alhamdulillah aku masih disini..

Pada keluarga semua...semangat dan azam yg di gengam tidak akan pudar. biar ombak dtg melanda namun semangat kalian masih bersama ku...segala cerita akan aku abadikan dalam sejarah hidupku..

Suatu masa nanti aku akan pulang..Pulang ke tempat dari mana aku datang.. aku hanya budak kampung. Dtg mencari sedikit ilmu dan pengalaman..tiba masanya aku akan kembali berbakti pada tempat tanah tumpah darahku . Segala memori disini akan aku semadikan sebagai nostalgia sejarah hidupku..

Sesungguhnya pada abah, umi, kak long, lah, aiman dan adk jasa kalian tidak mungkin dapat aku balas dengan wang ringgit atau keringat yg ada..tapi aku telah berjanji bahawa aku datang membawa harapan dan aku akan pulang bersama kejayaan...pastinya suatu masa nanti akan ku gegarkan dunia ini dan ketika itu pastinya kalian akan tersenyum denganku..insyaALLAH.Amin..  

Alasanmu

Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah… ku bersabar

Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlna pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriki
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan

Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu

Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa

Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah…

Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu


Thursday, March 19, 2009

Episod2 sukar....

1-mggu ni preparation bg 4 presentation utk 4 subjek yg aku amik sem ni.aduh penat..
2-mggu ni bajet tersasar jauh..miskin nya aku, xde duwet nya aku, namun xde sape yg tahu..
3-mggu ni aku begitu rindukan abah,umi dan adk2...ingin sgt pulang ke kampung tp terlalu byk 
   halangan dan terpaksalah aku pendam kan hasrat ini..
4-mggu ini juga handset utama aku rosak.sukarnya  bagiku utk aku pakai 1 handset..

kenapa ya terlalu byk ujian dtg menimpa?
Ya ALLAH tabahkan hati ku menempuhi hari-hari mendatang..

dinner khb 08/09






dinner tahun ni aku rasa dah hilang seri nya...maklum la dah last year..
apapun terjadi KBH dan UKM tetap di hatiku.

Sunday, March 8, 2009

ISU PPSMI : antara undang2 dan hak demokrasi

Selesai segera isu PPSMI

Oleh Zulkofli Jamaludin dan Anwar Hussin
bhnews@bharian.com.my


BERIBU-RIBU penyokong gerakan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mengingkari arahan polis apabila terus berdegil berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum, semalam.

PM jamin ambil kira desakan rakyat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Kementerian Pelajaran mengambil keputusan segera berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bagi mengelakkan isu lebih besar tercetus. 

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari ada desakan kuat daripada rakyat, khususnya orang Melayu supaya isu PPSMI diselesaikan segera.


"Isu PPSMI ini sudah menjadi isu yang besar dan sensitif. Kerajaan mengakui desakan rakyat dan mengambil perhatian terhadapnya. 

"Saya berharap Kementerian Pelajaran mengambil keputusan segera kerana jika tidak, tekanan dan tindakan NGO (badan bukan kerajaan) akan berterusan dan menjadi lebih besar lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan novel fantasi Dragonfire Hammer karya penulis muda berusia 14 tahun, Adam Umemoto, di sini semalam. 

Petang semalam, perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI di ibu kota yang disertai ribuan penyokong, bertukar kecoh apabila kumpulan berkenaan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan, walaupun Polis Kuala Lumpur sebelum ini hanya membenarkan mereka berkumpul di Masjid Negara.Kumpulan terbabit yang pada awalnya berkumpul di perkarangan masjid berkenaan, Pasar Seni dan Kompleks Sogo, untuk mengadakan bantahan secara aman, mengingkari arahan polis dengan berarak beramai-ramai ke arah Istana Negara. -di petik dari BERITA HARIAN, 8 MAC 09


ARKIB : 08/03/2009

Bantah PPSMI: Lapan ditahan


PASUKAN Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berusaha menyekat sebahagian daripada 5,000 penunjuk perasaan berhampiran Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam, yang berkeras mahu berarak ke Istana Negara, bagi menyerahkan memorandum menghapuskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kepada Yang di-Pertuan Agong. Gambar kanan, dua penunjuk perasaan cuba menghalang tugas polis. – UTUSAN / DJOHAN SHAHRIN


KUALA LUMPUR 7 Mac – Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang perarakan kira-kira 5,000 penyokong perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) daripada menghampiri Istana Negara, hari ini.

Perhimpunan anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) itu bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Namun, ia bertukar menjadi kecoh apabila penyokong terbabit berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara walaupun tidak mendapat permit polis untuk berbuat demikian.

Penyokong perhimpunan itu yang mula berkumpul sejak pukul 1 petang di Masjid Negara, kompleks beli belah Sogo dan Pasar Seni menjadi sukar dikawal apabila mereka berarak ke Istana Negara kira-kira sejam kemudian.

Bermula dari pekarangan Masjid Negara, kekecohan tercetus apabila ribuan penyokong yang berkumpul bertindak agresif merempuh halangan polis. Mereka berarak sejauh satu kilometer menuju ke Istana menerusi Jalan Syed Putra.

Kira-kira 25 minit kemudian, pergerakan itu menghampiri Istana Negara, menyebabkan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata.-dipetik dari UTUSAN MALAYSIA, 8 MAC 09


ULASAN DEMUK: melihat kepada beberapa berita yg di laporkan dalam media arus perdana saya terpanggil utk memberi sedikit komentar pada ruangan ini..

1-Prasyarat demokrasi seperti yg dikatakan oleh Lipset menggariskan beberapa aspek seperti kebebasan bersuara, kebebasan mediar, hak minoriti di hormati dan juga wujudnya masyarakat sivil.

2-Gerakan Mansuhkan PPSMI ini adalah satu gerakan masyarakat sivil yg bebas dari pengaruh pemerintah.

3- Dalam masyarakat sivil-pungutan suara, menyerahkan memorandum, mengumpul tanda tangan dan juga demonstrasi adalah merupakan cara yg biasa diamalkan oleh negara2 yg mengamalkan konsep demokrasi sebenar sepertimana di gariskan oleh Lipset. akan tetapi sedikit berbeda dengan Malaysia jika dinilai pada peristiwa demonstrasi mansuhkan PPSMI ini.

4-wujud pelanggaran undang2 dalam peristiwa ini kerana pihak polis hanya membenarkan penganjur berkumpul hanya di Masjid Negara dan tidak membenarkan perarakan.. namun begitu para demostran telah berkumpul dibeberapa tempat lain seperti SOGO dan wujud perarakan ke Istana Negara..jika di nilai,  wujud pelanggaran undang2 kerana menyalahi permit yg diberikan oleh pihak polis.

5-dalam sebuah negara demokrasi  seperti mana yg sering dilaungkan oleh pemimpin negara, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya masyarakat sivil itu ingin berpatisipasi bagi memperjuangkan hak mereka. Masyarakat sivil ini bebas dari mana-mana pengaruh politik dan memperjuangkan hak kepentingan kumpulan tertentu..Dalam konteks negara demokrasi, memberi permit untuk kumpulan masyarakat sivil ini berdemostrasi itu adalah wajar dan pihak polis tidak seharusnya menghalang dan menggunakan kekerasan kepada mereka yg hadir...tugas polis adalah untuk mengawal keadaan daripada berlakunya kekacauan yg dimulakan oleh pihak lain dan polis juga berfungsi bagi menjamin kelancaran demonstrasi itu serta paling penting pihak polis tidak menghalang dan memulakan provoksai kepada mereka yang menyertai demonstrasi itu...

-disini seolah-olah wujud perbedaan antara isu undang2 dan juga hak demokrasi  tetapi terpulang kepada para pembaca untuk bagaimana menafsirkan isu ini sebenarnya berdasarkan hujah2 yg diberi. SEKIAN


*penulis merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda sains politik UKM.

Friday, March 6, 2009

cinta.....

terima kasih aku ucapkan pada amer dan jek krn sudi melewati ruang blog yg x seberapa ini...
pagi ni aku menulis selepas solat subuh, ujan lebat mengejutkan aku dari lena..hujan lebat diluar sana seolah2 mengerti hati ini juga...tapi xpe aku sedar aku byk lalai dlm idop ini...

kenangan seolah2 membawa aku kembali untuk mengingati kisah lalu ketika baru2 melangkah ke alam universiti...betapa manis dan betapa gembira aku bersama2 rakan walaupun tanpa teman wanita..kdg2 aku rasa gembira bersama kawan2 kerana aku tahu mereka tidak menyakiti hatiku dan tidak mudah terasa dengan kata-kataku...pada ruangan ini aku dedikasikan sebuah ucapan ikhlas utk kawan2 ku semua: kalian walaupun sesaat kita bersama namun bagiku ia tetap seabad ku terasa..rindu aku pada kenangan lalu..syuk, jeni, jek, amer, azeri, daus, wan smart, we kemudi, ja batas, kudin dan mat yie..aku dedikasi kan pada kalian dengan ucapan semoga berbahagia pada jalan yg kita pilih dan semoga kita semua bahagia..

bagiku persahabatan itu lebih bernilai dari wang ringgit kerana ia byk mengajar erti penghidupan..atas rasa cinta aku selitkan juga sedikit kisah diruang ini..aku tahu aku lalai dlm perjuangan ini tapi walaupun apa tanggapan mu aku tahu apa yg aku lalui... sesungguhnya cinta ku terhadap insan bergelar manusia itu ibarat air laut ada pasang surut tetapi pengalaman mengajarku bahawa cinta yang sempurna dan satu hanya untuk ALLAH...aku ku jaga hubungan ku dengan-NYA agar aku berjaya didunia dan juga akhirat...AMIN..