Sunday, March 8, 2009

ISU PPSMI : antara undang2 dan hak demokrasi

Selesai segera isu PPSMI

Oleh Zulkofli Jamaludin dan Anwar Hussin
bhnews@bharian.com.my


BERIBU-RIBU penyokong gerakan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mengingkari arahan polis apabila terus berdegil berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum, semalam.

PM jamin ambil kira desakan rakyat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Kementerian Pelajaran mengambil keputusan segera berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bagi mengelakkan isu lebih besar tercetus. 

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari ada desakan kuat daripada rakyat, khususnya orang Melayu supaya isu PPSMI diselesaikan segera.


"Isu PPSMI ini sudah menjadi isu yang besar dan sensitif. Kerajaan mengakui desakan rakyat dan mengambil perhatian terhadapnya. 

"Saya berharap Kementerian Pelajaran mengambil keputusan segera kerana jika tidak, tekanan dan tindakan NGO (badan bukan kerajaan) akan berterusan dan menjadi lebih besar lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan novel fantasi Dragonfire Hammer karya penulis muda berusia 14 tahun, Adam Umemoto, di sini semalam. 

Petang semalam, perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI di ibu kota yang disertai ribuan penyokong, bertukar kecoh apabila kumpulan berkenaan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan, walaupun Polis Kuala Lumpur sebelum ini hanya membenarkan mereka berkumpul di Masjid Negara.Kumpulan terbabit yang pada awalnya berkumpul di perkarangan masjid berkenaan, Pasar Seni dan Kompleks Sogo, untuk mengadakan bantahan secara aman, mengingkari arahan polis dengan berarak beramai-ramai ke arah Istana Negara. -di petik dari BERITA HARIAN, 8 MAC 09


ARKIB : 08/03/2009

Bantah PPSMI: Lapan ditahan


PASUKAN Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berusaha menyekat sebahagian daripada 5,000 penunjuk perasaan berhampiran Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam, yang berkeras mahu berarak ke Istana Negara, bagi menyerahkan memorandum menghapuskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kepada Yang di-Pertuan Agong. Gambar kanan, dua penunjuk perasaan cuba menghalang tugas polis. – UTUSAN / DJOHAN SHAHRIN


KUALA LUMPUR 7 Mac – Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang perarakan kira-kira 5,000 penyokong perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) daripada menghampiri Istana Negara, hari ini.

Perhimpunan anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) itu bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Namun, ia bertukar menjadi kecoh apabila penyokong terbabit berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara walaupun tidak mendapat permit polis untuk berbuat demikian.

Penyokong perhimpunan itu yang mula berkumpul sejak pukul 1 petang di Masjid Negara, kompleks beli belah Sogo dan Pasar Seni menjadi sukar dikawal apabila mereka berarak ke Istana Negara kira-kira sejam kemudian.

Bermula dari pekarangan Masjid Negara, kekecohan tercetus apabila ribuan penyokong yang berkumpul bertindak agresif merempuh halangan polis. Mereka berarak sejauh satu kilometer menuju ke Istana menerusi Jalan Syed Putra.

Kira-kira 25 minit kemudian, pergerakan itu menghampiri Istana Negara, menyebabkan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata.-dipetik dari UTUSAN MALAYSIA, 8 MAC 09


ULASAN DEMUK: melihat kepada beberapa berita yg di laporkan dalam media arus perdana saya terpanggil utk memberi sedikit komentar pada ruangan ini..

1-Prasyarat demokrasi seperti yg dikatakan oleh Lipset menggariskan beberapa aspek seperti kebebasan bersuara, kebebasan mediar, hak minoriti di hormati dan juga wujudnya masyarakat sivil.

2-Gerakan Mansuhkan PPSMI ini adalah satu gerakan masyarakat sivil yg bebas dari pengaruh pemerintah.

3- Dalam masyarakat sivil-pungutan suara, menyerahkan memorandum, mengumpul tanda tangan dan juga demonstrasi adalah merupakan cara yg biasa diamalkan oleh negara2 yg mengamalkan konsep demokrasi sebenar sepertimana di gariskan oleh Lipset. akan tetapi sedikit berbeda dengan Malaysia jika dinilai pada peristiwa demonstrasi mansuhkan PPSMI ini.

4-wujud pelanggaran undang2 dalam peristiwa ini kerana pihak polis hanya membenarkan penganjur berkumpul hanya di Masjid Negara dan tidak membenarkan perarakan.. namun begitu para demostran telah berkumpul dibeberapa tempat lain seperti SOGO dan wujud perarakan ke Istana Negara..jika di nilai,  wujud pelanggaran undang2 kerana menyalahi permit yg diberikan oleh pihak polis.

5-dalam sebuah negara demokrasi  seperti mana yg sering dilaungkan oleh pemimpin negara, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya masyarakat sivil itu ingin berpatisipasi bagi memperjuangkan hak mereka. Masyarakat sivil ini bebas dari mana-mana pengaruh politik dan memperjuangkan hak kepentingan kumpulan tertentu..Dalam konteks negara demokrasi, memberi permit untuk kumpulan masyarakat sivil ini berdemostrasi itu adalah wajar dan pihak polis tidak seharusnya menghalang dan menggunakan kekerasan kepada mereka yg hadir...tugas polis adalah untuk mengawal keadaan daripada berlakunya kekacauan yg dimulakan oleh pihak lain dan polis juga berfungsi bagi menjamin kelancaran demonstrasi itu serta paling penting pihak polis tidak menghalang dan memulakan provoksai kepada mereka yang menyertai demonstrasi itu...

-disini seolah-olah wujud perbedaan antara isu undang2 dan juga hak demokrasi  tetapi terpulang kepada para pembaca untuk bagaimana menafsirkan isu ini sebenarnya berdasarkan hujah2 yg diberi. SEKIAN


*penulis merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda sains politik UKM.

No comments:

Post a Comment