Sunday, April 26, 2009

Malam yang Indah

Sebenarnya...ada sesuatu yang indah pada malam tadi...
hanya aku yang lalui nya....semoga kenangan ini akan terus tersimpan dalam sanubariku...

KISAH INI MILIK KITA

Indah sungguh malam itu..
kita menyaksikan segala...
hanya kita berdua...
kisah ini milik kita...

Awan dan bintang bersama..
bulan menyaksikan segala..
memikirkan masa hadapan..
Kisah ini milik kita..

Hanya tuhan sahaja yang tahu..
betapa jujurnya kisah kita..
walaupun kita jauh berbeza..
Kisah ini milik kita… ini milik kita

Saturday, April 18, 2009

Berdirinya Seorang Perindu

Sikap mu meremukkan hati
Sengaja kau kenang lagi
Kisah menyentuh hati gelisah diri ini
Adakah ku diuji

Kasih ku yang terlalu dalam
Usahlah dipersendakan
Sabar dan kejujuran jadi akar cinta
Agar kita bahagia

Berdiri aku di sini bukan untuk seketika
Berdiri aku sebagai perindu
Meski pun jiwa ku sedih
Terasa bagai dihiris
Namun ku tersenyum selalu
Ku sentiasa beri kesempatan
Semoga ada ruang kemesraan

Kita yang punya perasaan
Terkadang rasa terkilan
Janganlah dikeruhkan kasih yang sedang tenang
Kerana ku merindu