Saturday, March 21, 2009

Ku Datang Membawa Harapan Akan Ku Pulang Membawa Kejayaan








Saat mlm 5 Julai 2006 ketika aku meninggalkan abah, umi, kak long, lah, aiman dan adik ketika itu air mata ku jatuh bagai hujan yg begitu lebat. Ku cium mereka dengan hujan yang jatuh dari kelopak mataku..

Betapa hidup ku terpaksa berjauhan dari mereka semua kerana aku perlu mengembara mencari ilmu untuk masa depan ku. Amanah, tanggungjawab dan harapan aku galas bersama untuk sama2 mengejar impian hidup ini..

Selama 3 tahun disini susah, senang, hilai tawa dan tangis resah hanya aku yang lalui kerana itu adalah sebahagian daripada rencam kehidupan.Segala bukit aku daki dan segala lurah aku turuni. Alhamdulillah aku masih disini..

Pada keluarga semua...semangat dan azam yg di gengam tidak akan pudar. biar ombak dtg melanda namun semangat kalian masih bersama ku...segala cerita akan aku abadikan dalam sejarah hidupku..

Suatu masa nanti aku akan pulang..Pulang ke tempat dari mana aku datang.. aku hanya budak kampung. Dtg mencari sedikit ilmu dan pengalaman..tiba masanya aku akan kembali berbakti pada tempat tanah tumpah darahku . Segala memori disini akan aku semadikan sebagai nostalgia sejarah hidupku..

Sesungguhnya pada abah, umi, kak long, lah, aiman dan adk jasa kalian tidak mungkin dapat aku balas dengan wang ringgit atau keringat yg ada..tapi aku telah berjanji bahawa aku datang membawa harapan dan aku akan pulang bersama kejayaan...pastinya suatu masa nanti akan ku gegarkan dunia ini dan ketika itu pastinya kalian akan tersenyum denganku..insyaALLAH.Amin..  

1 comment: