Sunday, May 3, 2009

MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR SAINS POLITIK UKM 2006/2007





Pertama2 nya skali aku nak ucapkan terima kasih pada semua pensyarah, ajk majlis dan rakan sekelas yang sudi datang pada majlis ni... yg x datang pom aku ucap tima kasih gak walaupun x dtg tapi duit bayar.huhu.. terima kasih juga pada pensyarah yg sponsor duit dan tima kasih juga pada ayah si pia tu yang bg sumbangan ihlas...

Keduanya pula aku rasa terharu dan gembira kerana sebagai pengarah pada mlm tu, majlis ni dapat berjalan dengan jaya nya..seharian aku kerja dan penatnya bkn kepalang tapi akhirnya alhamdulillah majlis ni selesai juga...

Ketiga nya pula aku nak bagi nasihat pada kawan2 sekelas semua... dulunya majlis ni kita plan nak wat kat hotel.pastu ubah plan nak wat kat restoren.last2 kita semua wat majlis ni kat fakulti je.. tapi x mengapa la..hanya satu je kelemahan kita semua...kita tidak mempunyai jiwa yang besar.
dulu aku nah jadi pengarah p parlimen.majlis berbuka puasa. dan kalo boleh yg majlis last ni aku rasa nak rileks jela.bayar duit datang makan dan balik...tapi...aku gak last2 kena bg semangat kat nisa dan kawan2 yg lain tuk wat majlis ni...dan last2 aku juga yg kena jadi pengarah...tapi x mengapa...aku kerja ikhlas..kerana Tuhan untuk Manusia.huhu. arapnya kawan2 kena ada jiwa yg besar.jiwa memimpin.jgn takot gagal dan paling penting ihlas dlm kita buat keje..

Keempat...walaupun majlis ni sekadar bbq dan makan2 yg ringan je tapi kepuasan tetap terselah pada semua yg datang..gagal pada plan pertama tapi last2 majlis ni berjaya juga.. PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH NAMUN HASRAT TIDAK LUNTUR. akhirnya majlis ni berakhir dengan jayanya juga.tima kasih pada semua..

Terakhir skali...pada rakan2 semua, 3 tahun kita menjalin persahabatan, suka duka kita lalui bersama.pahit getir perjuangan sama2 kita tempuhi...semoga selepas ini hubungan yg bersemi ini tidak akan hilang ditelan masa... kita membawa haluan masing2 tetapi tali persahabatan ini akan terus kita jaga.semoga kawanku semuanya akan berjaya dunia akhirat. semoga berbahagia selalu....BERPISAH MATI DIATAS DUNIA, SEMOGA BERTEMU KEMBALI DI TAMAN SYURGA..

Tuai Padi antara Masak
Esok jangan layu-layuan...
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan...



5 comments:

  1. salam

    minta maaf ats sgalanya dan terima ksh ats kata2 semangat dan sokongan yih kt sin..

    yasin_08

    ReplyDelete
  2. erm...semoga persahabatan tidak setakat ini

    ReplyDelete
  3. PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH NAMUN HASRAT TIDAK LUNTUR.


    kau tetap zariff. "tidak dalam ya"

    ReplyDelete
  4. pada yasin dan kem..semoga hubungan ini kekal abadi...

    pada jek..aku tetap aku.huhu.

    ReplyDelete
  5. Saya amat gumbira membaca blogs sdr ini.
    Terharu... pada masa yang sama lucu juga...

    salam
    nidzam
    ppsps

    ReplyDelete